Projek Sakit | Disebabkan kontraktor tidak cekap - Abang Johari

2023-02-08 1

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan kelewatan projek-projek pembangunan di negeri itu adalah disebabkan kontraktor yang tidak kompeten.

Malah tegasnya, semua peruntukan untuk projek-projek itu telah disediakan dan tidak sewajarnya ia gagal atau mengalami kelewatan.

Sehubungan itu, Abang Jo mahu isu ini ditangani segera bagi mengelak kerugian kepada kerajaan sekali gus mengecewakan rakyat.